Untitled Document
Laman Utama Buku Pelawat Galeri Tanda Laman Beritahu Kawan Cuaca Peta Laman Carian Hubungi Kami Kapit, Sarawak
Pelagus Resort memberi peluang kepada pelawat-pelawat untuk mengalami hutan hujan.
Destinasi
Belaga

Gambar: Arca burung kenyalang di pekan Belaga

Belaga merupakan sebuah pekan kecil di hulu Batang Rajang di persimpangan Sungai Belaga dan Sungai Balui.

Orang-orang Cina mula membuka kedai-kedai di pekan Belaga pada tahun 1900-an. Mereka berurusniaga dengan orang-orang dari hulu sungai dengan membekalkan barangan keperluan seperti minyak tanah, garam dan peralatan memasak.

Pelawat berpeluang menyaksikan kehidupan Orang Ulu yang selalunya akan membawa hasil-hasil hutan dari hulu-hulu sungai untuk dijual di pekan Belaga.

Belaga menarik minat ramai pelawat yang ingin mengembara ke pedalaman Sarawak. Terdapat banyak rumah panjang Orang Ulu (contohnya Kayan dan Kenyah) di sini. Pelawat dinasihatkan untuk mengupah pemandu pelancong tempatan untuk mengembara ke rumah-rumah panjang dan kawasan pedalaman. Sila hubungi Pejabat Daerah Belaga (+6086-461339) untuk pemandu pelancong dan nasihat.

Pelawat atau pelancong asing mestilah memohon permit di Pejabat Residen Bahagian Kapit terlebih dahulu untuk melawat Belaga.

Bagaimana pergi ke Belaga? Pengangkutan.

Galeri Gambar: Belaga


 Cetak Laman Ini
 
 
Belaga
Kedai Kraftangan
Kubu Sylvia
Melawat Rumah Panjang
Muzium Kapit
Pasar Teresang
Pelayaran Pesiaran Batang Rajang
Pusat Peranginan Pelagus
Rumah Lulut Homestay
Taman Sebabai
Tatu Iban
Untitled Document
© Hakcipta 2005. Kementerian Pembangunan Bandar dan Pelancongan, Sarawak. Semua hakcipta terpelihara.